KOLEKSI CERITA LAWAK DAN LAIN-LAIN with Sabahan Slang! :D Sumber original atau dari internet

Wednesday 14 November 2012

Don't Judge People Before You Truly Know Them.


Seorang lelaki yang berusia 24 tahun memandang keluar dari tingkap di dalam sebuah keretapi dan menjerit "Ayah!! tengok tu..semua pokok-pokok jauh ketinggalan di belakang kita!!"
Si Ayah pula hanya tersenyum memandangnya dari tempat duduk mereka
Kelihatan di sebelah mereka adalah satu pasangan muda,hanya memerhatikan sahaja perangai lelaki itu,walaupun sudah besar panjang,tapi perangai macam budak
-budak,berasa kurang senang,
berkata dalam hati mereka.

Sekali lagi lelaki itu menjerit sambil mendongak ke langit. "oh Ayah,lihatlah awan-awan di atas,mereka semua sedang bergerak laju bersama-sama kita!!"

Kerana tidak tahan dengan tingkah laku lelaki tersebut,pasangan muda itu pun menegur si Ayah "Kenapa kamu tidak membawa anak kamu yang sudah dewasa ini ke hospital dan berjumpa dengan Doktor yang boleh mengubatinya? Lihatlah dirinya sekarang,macam budak-budak."

Si Ayah hanya tersenyum dan berkata "Ya betul,kami baru sahaja pulang dari hospital,sebelum ini,anak saya ini buta sejak dari lahir lagi,dia baru sahaja dapat melihat pada hari ini.

Pasangan muda itu pun terdiam

MORAL : -Every Single Person On The Planet Has a Story
-Don't Judge People Before You Truly Know Them.
Share:
Location: Sabah, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Stand By Me :)

Networked Blogs

Blog Archive

Pages