KOLEKSI CERITA LAWAK DAN LAIN-LAIN with Sabahan Slang! :D Sumber original atau dari internet

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label cerita haru. Show all posts
Showing posts with label cerita haru. Show all posts

Saturday, 17 November 2012

Cinta Seorang Askar

Satu hari,seorang lelaki telah jatuh cinta kepada seorang perempuan.
Tetapi lelaki itu berasal daripada keluarga yang sangat miskin.Ibubapa perempuan itu tidak bersetuju dengan hubungan mereka berdua.
Jadi,lelaki itu memutuskan yang dia harus memikat dan memenangi hati ibubapa perempuan itu juga.Dari masa ke semasa,ibubapa perempuan itu telah sedar yang lelaki itu adalah orang yang penyayang,budi
man,baik hati dan amat sesuai sekali bersama dengan anak perempuan mereka.
Tetapi ada lagi satu masalah yang lain,lelaki itu adalah seorang askar.Tidak lama lagi,peperangan akan tercetus di negara jiran,dan dia akan dihantar ke sana selama setahun.Seminggu sebelum pemergian dia,dia bertemu dengan buah hatinya itu dan berlutut di hadapannya "Sudikah kamu mengahwini aku?" Si Perempuan sangat terharu dilinangi dengan air mata dan bersetuju.
Mereka pun bertunang,dan bersetuju dan berjanji apabila si Lelaki pulang dari negara jiran selepas setahun berkhidmat,mereka akan berkahwin.

Malangnya satu tragedi buruk berlaku,beberapa hari selepas pemergian si Lelaki, Perempuan itu mengalami kecederaan yang teruk dalam satu kemalangan terutamanya sekali di bahagian mukanya.Apabila dia bangun dari katil di sebuah hospital,dia ternampak kedua orang tuanya menangis teresak-esak.Dia tahu ada sesuatu yang buruk telah berlaku ke atas dirinya.Akhirnya dia mengetahui bahawa otaknya telah cedera teruk.Separuh daripada saraf otaknya yang mengawal otot mukanya telah rosak.Rupanya yang menawan sebelum ini telah menjadi begitu hodoh sekali.Dia menangis teresak-esak apabila melihat mukanya di hadapan cermin.
Kemarin,saya seorang menawan,hari ini rupa saya tidak ubah seperti "MOnster!!"
Badanya juga penuh luka-luka yang agak hodoh.
Akhirnya dia membuat keputusan untuk berpisah dengan tunangnya(lelaki itu).Dia tahu yang lelaki itu sudah tidak mahu bersama dengannya.Dia terpaksa melupakan lelaki itu dan tidak akan berjumpa dengannya lagi.
Dalam setahun itu,si lelaki selalu mengutuskan surat kepada perempuan itu,tapi tiada satu pun surat yang dibalas.Dia cuba menghubungi perempuan itu juga tetapi panggilan langsung tidak dijawab ataupun mendapat panggilan semula.

Genap setahun,si Ibu perempuan itu masuk ke dalam biliknya dan berkata "dia sudah kembali dari peperangan"
Perempuan itu terkejut "Oh tidak Ibu.tolong beritahu kepadanya tentang diri saya ini,katakan padanya yang saya tidak ada di sini!!"
Si ibu tersenyum dan berkata lagi "tidak lama dia akan berkahwin " sambil menyerahkan kad jemputan kahwin milik lelaki itu kepada si Perempuan.
Begitu sayu sekali si Perempuan apabila melihat kad jemputan tersebut.Dia masih cintakan lelaki itu,tapi dia terpaksa melupakan dia.
Dengan perasaan yang kecewa dan sedih,dia membuka dan melihat isi kandungan kad jemputan kahwin itu.
Dan dia ternampak Nama dirinya tertulis di dalamnya
Keliru sekali dan terus bertanya kepada ibunya "Apa ini semua ibu?"
Saat itu Si lelaki masuk ke dalam biliknya dengan sejambak bunga dan terus berlutut di hadapan perempuan itu.
"Sudikah kamu mengahwini aku?"
Si Perempuan terus menutup mukanya dan berkata "tetapi saya Hodoh!!"

Lelaki itu tersenyum dan terus mengambil tangan si perempuan yang menutup mukanya dan berkata
"tanpa pengetahuan dan kebenaran dari kamu,ibu kamu telah menghantar gambar-gambar kamu dalam tahun ini dan saya sudah tahu apa yang berlaku.Bila saya nampak rupa kamu di dalam,saya sedar tiada yang berubah langsung sama sekali,Kamu masih lagi seorang perempuan yang telah membuat hati saya jatuh cinta pada kamu sejak dulu lagi.Kamu tetap cantik dan menawan walau apapun yang telah terjadi.Sebab saya sangat mencintai dan menyayangi kamu!!"

Si Ibu hanya berdiri di situ memandang mereka berdua dengan perasaan yang terharu dan gembira dan dilinangi dengan air mata

Moral of the Story? Kamurang decide :)
Share:

Friday, 16 November 2012

Cinta dan Ego


Pada suatu ketika dahulu,ada sebuah pulau dimana semua PERASAAN tinggal bersama
Ada satu hari itu,ribut telah melanda di laut dan pulau tersebut akan tenggelam.

Semua PERASAAN menjadi takut tetapi CINTA telah membuat satu bot untuk mereka semua.
Semua PERASAAN naik ke dalam bot tersebut tetapi satu PERASAAN saja yang tidak turut serta
CINTA turun semula untuk meliha
t siapakah yang tertinggal.
Ia adalah EGO
CINTA cuba memujuk EGO tetapi EGO langsung tidak berganjak dari situ.
Air laut semakin naik ke pulau itu.
Semua PERASAAN di dalam bot itu terus menyuruh CINTA naik sahaja ke bot dan tinggalkan EGO di situ..Tetapi CINTA diciptakan untuk menyintai.Akhirnya semua PERASAAN berjaya melepaskan diri mereka dari pulau yang sudah tenggelam itu tetapi CINTA telah mati bersama dengan EGO di pulau itu.

Cinta mati kerana Ego
Jadi,buanglah ego kita dan hargailah cinta..

P/S:adakalanya cinta itu hanya untuk sementara.dan adakalanya cinta itu juga hanya untuk selama-lamanya
adakalanya Sementara itu adalah selama-lamanya.
Share:

Wednesday, 14 November 2012

Don't Judge People Before You Truly Know Them.


Seorang lelaki yang berusia 24 tahun memandang keluar dari tingkap di dalam sebuah keretapi dan menjerit "Ayah!! tengok tu..semua pokok-pokok jauh ketinggalan di belakang kita!!"
Si Ayah pula hanya tersenyum memandangnya dari tempat duduk mereka
Kelihatan di sebelah mereka adalah satu pasangan muda,hanya memerhatikan sahaja perangai lelaki itu,walaupun sudah besar panjang,tapi perangai macam budak
-budak,berasa kurang senang,
berkata dalam hati mereka.

Sekali lagi lelaki itu menjerit sambil mendongak ke langit. "oh Ayah,lihatlah awan-awan di atas,mereka semua sedang bergerak laju bersama-sama kita!!"

Kerana tidak tahan dengan tingkah laku lelaki tersebut,pasangan muda itu pun menegur si Ayah "Kenapa kamu tidak membawa anak kamu yang sudah dewasa ini ke hospital dan berjumpa dengan Doktor yang boleh mengubatinya? Lihatlah dirinya sekarang,macam budak-budak."

Si Ayah hanya tersenyum dan berkata "Ya betul,kami baru sahaja pulang dari hospital,sebelum ini,anak saya ini buta sejak dari lahir lagi,dia baru sahaja dapat melihat pada hari ini.

Pasangan muda itu pun terdiam

MORAL : -Every Single Person On The Planet Has a Story
-Don't Judge People Before You Truly Know Them.
Share:

Monday, 12 November 2012

Sepeket Biskut Coklat

Ada seorang sumandak yg sedang tunggu flight dia di dalam boarding room dlm sebuah airport.Flight dia pun delay lagi,mungkin dalam masa 1-2 jam.Jadi dia pun membeli sebuah majalah dan juga sepeket biskut coklat
Dia duduklah di satu 'armchair" dalam "boarding room" itu sambil berehat dan membaca majalah yang baru dibelinya.

(Gambar sekadar hiasan)

Di sebelahnya pula di mana sepeket biskut coklat diletakkan,terdapat seoran
g lelaki @ tanak wagu sedang membaca sebuah buku.
Bila si sumandak mengambil biskut yang pertama untuk dimakan,itu lelaki pun ikut juga ambil.Si sumandak berasa sakit hati tapi dia tidak cakap apa2.Dia berkata dalam hati "bertuah punya lelaki,suka2 ja dia ambil,kalau sy teda mood,suda sy tampar dia ni"
Untuk setiap biskut coklat yang tu sumandak ambil,tu lelaki ambil jg selepas beberapa saat si sumandak mengambilnya.Ini betul2 bikin sakit hati tapi si sumandak nda mau kecoh2 juga la.Bila tinggal satu lagi biskut coklat tinggal,Si Sumandak tunggu tindakan si Lelaki seterusnya "pa kunun dia akan buat ni ah?" dlm hatinya..
Lepas tu..si Lelaki ambil la tu biskut,lalu dia belah dua,kasi share sama si sumandak..
merah muka si sumandak,marah..
"Doii..melampau juga ni lelaki,ko ingat ko hensemboy..ko suka2 ja makan biskut sy ah..ko belah dua lagi tu. " dalam hatinya si sumandak berkata..
dalam keadaan yang marah2,dia pack semua barang2 dia..dan terus pergi ke kaunter berlepas dalam airport itu.
Bila si sumandak suda masuk ke dalam kapal dan duduk di kerusinya,dia mau ambil kaca matanya di dalam beg,dan dia terkejut..
dia punya peket biskut coklat yang dia beli tadi ada pula dalam beg,langsung dia enda sentuh!!
Punya la dia malu pasal kejadian tadi..baru dia sedar yang dia pula yang salah,bukan tu lelaki..dia betul2 lupa yang biskut dia beli tadi terus dia simpan dalam beg pula...
"sy betul2 rasa malu dan kesal oh sama tu lelaki....sudalah sy pergi makan biskut dia..dia cool ja..trus dia kasi belah lagi tu biskut untuk share sma saya oh..huhu..sy pula yang marah2 sma dia tadi..."
tapi sudah terlambat untuk berpatah balik dan mnta maaf sama si tanak wagu walaupun si sumandak betul2 menyesal..

There are 4 things that you cannot recover..and there are also more than 4 things..

1.the Stone - after the throw!
2.the Word - after it's said!
3.the Occasion - after the loss!
4.the Time - after it's gone!

and others more things up to you to mention it...

YSS?
Share:

SeliparJepun atau Kasut Adidas Tambunan?

(nama adalah contoh sahaja,YSS!)
Gaman dan Gipag berkawan baik sejak dr kecil lg..hingga la dewasa...
satu hari,Gaman berbual la dgn Gipag,..
"Ipag,ko jugalah la best friend sy dr kici smpai la kita dua bsar..wlupun ada pena gaduh sikit.tp kita punya hubungan kawan masi kuat kan..ko pula..pa ko anggap sy? Kata Gaman pd si Gipag.

Gipag tersenyum dan membalas.
"hmm.sy? Sy anggap mcm SeliparJepun dan paling sy suka anggap..tu Kasut Adidas Tambunan.."
Punya merah muka si Gaman.Berdiri trus dia.terus dia marah pd si Gipag..
"kitaaiii..gini ka ko ah?ini kah slama ni ko pikir sy? SeliparJipun?!Kasut AdidasTmbunan?!


"Sabar bh ko..ko dengar la dlu.duduk dlu" selamba si Gipag ckp.
"Kenapa sy sebut ko mcm SliparJipun atau KasutAdidasTambunan?
tengo la sy pkai skng ni..slipar jipun..ko pkai tu kasut..tnpa salah satu drpd selipar dan kasut ini..kita mna dpt jln p mna2...buli jln..tp kalau luka kaki kita?amcm?memang bole jln jg tp perlahan..dan lmbt smpai....naik bukit,pergi tabasan,tu kasut pun penting kan?kalau sebelah ja..ada susah sikit..berkaki ayam nda kira la..
mcm dlm hidup kita skng.. bila sy susah..ko tolong sy..dan sbaliknya..dan bila sy sakit hari tu.. sy cuba utk drive sendiri kereta p hospital.tp sy nda dpt.nasib baik ko nmpk sy kan hari tu.dulu kecil2 waktu kita sekolah..sy lemah Matematik dan ko lemah Sejarah.tp sbaliknya dua2 mtapelajaran tu kita pndai.kita saling ajar mgajar kan.tingu skng..kita dua2 sda bjaya...itu mksud sy..
Itulah ertinya hubungan best friend kita ni" kata Si Gipag.
Terharu si Gaman mendengar penerangan si Gipag..

Best Friends Last Forever..ya ka?

jadi skng ni mau tnya kamurang..
tp tidak semestinya best friends hnya dr kita kecil ja.ada yg kita jmpa waktu kita bsar tp masi berkekalan kan..
sy tnya kamurang..

Sepa SeliparJipun atau Kasut Adidas Tambunan kamurang?
Share:

Sunday, 11 November 2012

♥ What is Love? ♥

♥ What is Love? ♥

Apabila si anak kecil berusaha untuk mencapai dahi si ayah untuk menciumnya,That’s Love ♥

Apabila si isteri membuat kopi atau teh untuk suaminya dan merasa minuman itu sebelum diberikan pada suaminya,That’s Love ♥

Apabila si Ibu memberi bahagian kek yang paling terbaik untuk anaknya,That’s Love ♥

Apabila rakan kamu memegang erat tangan kamu sewaktu berjalan di tempat yang lic
in,That’s Love ♥

Apabila abang atau kakak kamu sms atau call kamu suruh balik rumah pada waktu yang tertentu, That’s Love ♥

"Love ♥" bukan hanya setakat seperti seorang lelaki memegang tangan pasangannya dan berjalan-jalan keliling bandar
Love is actually another name of”Care”!!
Share:

Monday, 5 November 2012

Buli saya pinjam RM50 ko ka daddy?



Hari pun sudah malam.Mau dekat waktu tidur sudah..Si daddy baru pulang dari kerja.Overtime kan..sampai di rumah,dia nampak anak lelaki dia,Si Boboy yang umur 6 tahun tunggu dia depan pintu..

Boboy:daddy..buli boboy tanya ka?
Daddy: ya..apa itu?
Boboy:ko kerja satu jam,berapalah ko
dapat?
Daddy:itu bukan hal ko..knapa juga ko tanya? marah Si Daddy..
Boboy:saya mau saja bha..brapalah?
Daddy: saya dapat RM100 satu jam!!
Boboy: oh....


tunduk kepala si Boboy..
Boboy:daddy..Buli saya pinjam RM50 ko ka daddy?

Punya meradang si Daddy,"bagus ko masuk bilik pergi tidur!!Ko mo minta 50 ringgit sebab ko mo pergi beli mainan tu kan?Ko enda tau ka penat2 dan tekanan betul saya kerja overtime tiap2 hari,senang2 ja ko mo minta duit?!!"

Si Boboy diam2 saja terus dia pergi masuk bilik....
Si Daddy terus masuk ke ruang tamu dan duduk sambil bising2 pasal tadi..
"Kecil2 lagi sudah pandai minta duit tu budak ah!!"

Selepas sejam,baru la si Daddy sudah 'cooldown" dan mula berfikir "mungkin ada kali Si Boboy mau guna tu duit mo beli sesuatu bha kan,lagipun macam baru satu kali dia tanya begitu.."
Si Daddy terus pergi ke bilik si Boboy..

daddy:ko sudah tidur ka tu?
Boboy:belum lagi ni daddy..
Daddy:pasal tadi tu,daddy kasar betul sama ko kan..tekanan daddy tadi sana tempat kerja..nah..ni 50 ringgit untuk ko..

Tersenyum si Boboy.."terima kasih daddy!" katanya...Si Boboy bangun la dari katil dan mula mengambil sesuatu dari bawah bantalnya.Ia adalah sedikit longgokan duit kertas,terus si Boboy kira semua jumlah tu duit..Bila si daddy lihat semua tu duit,mula lagi dia meradang.Tapi si Boboy kasi habis ja kira dan pandang ke arah si Daddy..

Daddy:kenapa ko mau minta duit lagi sedangkan ko suda ada??!!

Terus si Boboy jawab dengan suara yang halus..
"sebab sebelum ni duit saya ada RM50.00 saja bha Daddy..sekarang sy ada RM100 sudah..Buli saya beli masa satu jam Daddy ka?Balik awal ah bisuk Daddy..lama sudah kita tidak makan malam sama2 oh...

Tersentuh hati si Daddy,kuar air mata dia..terus dia pergi peluk si Boboy dan minta maaf sangat2 sama Si Boboy...

Renungan:
Ia cuma peringatan ringkas untuk kita semua yang bekerja keras dalam hidup ini.Tapi kita tidak patut juga biar itu waktu berlalu begitu saja dalam tangan kita tanpa meluangkan sesetengah waktu itu untuk orang yang amat penting bagi kita,yang dekat dengan hati kita..

Kongsilah waktu "RM100" yang berharga itu dengan orang yang kita sayang sangat2..

Kalau esok kita sudah tiada dalam dunia ini,(palis2),itu company tempat kita kerja pasti akan dapat cari orang lain untuk mengantikan tempat kita dalam masa yang begitu singkat..
Tapi keluarga dan kawan2 kita akan rasa kehilangan kita seumur hidup mereka.
Share:

Total Pageviews

Stand By Me :)

Networked Blogs

Labels

Blog Archive

Pages