KOLEKSI CERITA LAWAK DAN LAIN-LAIN with Sabahan Slang! :D Sumber original atau dari internet

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday 22 November 2012

Kedapatan

Pada satu malam,dua orang polis di dalam kereta peronda membuat rondaan dan memberhentikan sebuah kereta secara rawak di tepi jalan dan memberitahu pemandu tersebut bahawa mereka sedang membuat peraduan keselamatan sumbangan daripada pihak polis.Apabila polis ternampak pemandu itu memakai tali pinggang keledar sewaktu diperiksa.
"oh..encik memang mematuhi undang2 jalanraya,kami wakil dari
jabatan polis ingin menghadiahkan RM1000 kepada encik.jadi apa yang akan encik lakukan dengan wang itu.."
jawab si Pemandu.. "emm..ngam juga la ni..nti minggu depan sy buli pergi ambil lesen driving suda"
Terdengar lagi suara isteri si pemandu di sebelahnya "tuan.jangan ko pecaya cakap laki sy ni..dia kalau suda mabuk,memang sebarangan ja dia cakap"
Kedengaran lagi suara dari belakang tempat duduk,seorang lelaki " nahh..kan..tulah kamu enda pecaya..kita mana buli pergi jauh kalau guna ni kereta curi"
tidak lama kemudian kedengaran lagi suara di dalam bonet belakang kereta disertai dengan bunyi ketukan (tok tok tok)
"iiipaaarrr,suda smpai ka ni ipar.. sy rasa muak suda baring dalam sini ni ipar.janganlah ada itu polisi(polis) di sini ni ipar. "



No racism ya.. Y so serious?
Share:

Enjin Si Tua

Ada seorang lelaki tua berusia 70 tahun berkahwin dengan seorang perempuan yang berumur 19 tahun.
Selepas setahun mereka berkahwin,perempuan itu melahirkan seorang bayi dan si Doktor pun amat terkejut dan berkata
"wow.encik,tahniah,encik suda menjadi ayah kepada bayi perempuan yang sihat seberat 4.2 kg"
Lelaki tua itu membalas "Oh.. nampak "enjin" saya masih lagi berfungsi ni"
Tahun sete
rusnya,perempuan itu melahirkan seorang anak lagi dan si Doktor yang sama memberitahu kepada lelaki tua itu yang isterinya berjaya melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat seberat 3.7kg.Sekali lagi,lelaki tua itu berasa sangat bangga dan berkata
"hmmm..buli tahan juga "enjin" saya ni ah..hehehhe "
Tahun ketiga,perempuan itu melahirkan seorang bayi lagi...kali ini si Doktor datang kepada lelaki tua itu dan berbisik, "tahniah encik,encik dapat baby boy seberat 4.6kg"
Si orang tua itu berasa bangga dan ketawa " hahahha,napa juga ko mo bisik2 ni..kasitau seja bha...hebat btul "enjin" sy ni kan duktur?"
Doktor itu menjawab dengan selamba " Ya encik,sangat hebat,tapi encik patut pergi tukar minyaknya sebab bayi yang sekarang ni hitam"
Share:

Lelaki Yang Mencurigakan

Sudah lebih sebulan si Nonong bekerja sebagai pembantu kedai telekomunikasi(menjual handphone,etc) di sebuah bandar.Dia amat selesa dengan kerjanya itu walaupun ianya hanya sementara waktu sambil menunggu peluang kerja yang lain yang sesuai dengan kelulusannya yang baru saja menamatkan pengajiannya di sebuah universiti.
Pada suatu pagi,sewaktu si Nonong ingin masuk ke kedai itu untuk memulakan ker
janya,dia perasan ada seseorang memerhatikannya dari lorong di hujung kedai itu...dia ternampak seorang lelaki dewasa sedang memerhatikan dengan serius sekali.Nonong berasa curiga dengan pandangan lelaki tersebut,dalam hatinya "ahh biarlah tu..andang2 kali dia begitu tu..")

sekitar jam 10 pagi.sambil sibuk si nonong melayan customer yang sedang bertanyakan berkenaan dengan handphone2 di dalam kedai itu mahupun terpaksa melayan saja karenah lelaki2 yang mo pok silap ja mo minta numbur telipon dia..tapi dia memang tau bha tu..so dia cool ja la dan enda juga dia bagi..sebab dia ada bf suda..saya la ba tu..ahhha nda ba :P (hahahahha,lain suda slang sy.ni kali la :P )
dia nampak lagi tu lelaki asyik berulang alik di luar kedai tmpt dia kerja..lelaki itu asyik memandang ke dalam sahaja dan melihat si Nonong...mukanya pun bikin curiga.seolah-olah macam mo mencuri ja ..atau yg mcm gila seks kunun
Lunch time pun suda tiba,si Nonong terus bagitau sma kawan kerja dia ( Si Bia)yang dia perasan mcm ada orang diluar kedai diorang ..ikut apa yg si Nonong pikir tadi la.tapi kawan dia cuma cakap "perasaan mu saja bah tu..biarlah tu..teda apa2 juga..setahun lebih suda saya kerja di sni ,belum ada apa2 yg buruk berlaku pun.steady ja ko ah.. " tapi si nonong masi lagi tidak puas hati dan curiga..
Pukul 2 ptang,si Nonong masih lagi ternampak lelaki itu mundar-mandir di luar kedai,masih lagi memerhatikan di dalam,terutamanya di tempat si Nonong berdiri,si nonong pura2 enda mo tingu tu lelaki,dia teruskan saja kerjanya melayan customer lain.
Pukul 4 petang,Bos berpesan pada si Nonong, "haaa..amoi ah..sy mo pergi sna itu branch satu lagi ah..u tolong jaga di sini dulu ah,sy bawa si Bia juga ah. sy mo angkat mali itu stok ." "ok boss.." kata Si Nonong,tetapi dia terlupa sesuatu..
10 minit selepas pemergian bos dan Si Bia..punya si Nonong terkejut,baru dia perasan tentang kejadian yang dialaminya tadi pagi dan tengahari. "harap2 la tu orang nda masuk,satu urang lagi sy sini ni..haiizzz.customer lain pun teda masuk...ni kali la."
Apa yang langsung enda diharapkan oleh nonong sama sekali berkali..akhirnya lelaki itu masuk ke dalam..berjalan perlahan-lahan ke kaunter tempat nonong berdiri dengan muka yang agak serius tetapi seolah-olah segan dan gementar.
"matailah sy ni..kena rogol sy kali ni kan..teda lagi senjata sy ni.." dalam kaunter tempat si nonong berdiri..dia sudah bersedia dengan memegang Ipad di kedua-dua belah tangan nya tanpa disedari oleh lelaki itu.
lelaki itu berhenti betul2 dihadapan kaunter,meliar matanya melihat di dalam seluruh kedai itu..tapi dengannya gaya seperti rusa masuk kampung dan segan2.. Si Nonong betul2 gementar dan takut sangat...bergegar juga la dia sikit2.tapi nda ketara..

Akhirnya lelaki itu bersuara ... "emmm..mandak...sini ada...ada...errr...sini ada RELOD RM5 ka?"
Share:

Saturday 17 November 2012

Cinta Seorang Askar

Satu hari,seorang lelaki telah jatuh cinta kepada seorang perempuan.
Tetapi lelaki itu berasal daripada keluarga yang sangat miskin.Ibubapa perempuan itu tidak bersetuju dengan hubungan mereka berdua.
Jadi,lelaki itu memutuskan yang dia harus memikat dan memenangi hati ibubapa perempuan itu juga.Dari masa ke semasa,ibubapa perempuan itu telah sedar yang lelaki itu adalah orang yang penyayang,budi
man,baik hati dan amat sesuai sekali bersama dengan anak perempuan mereka.
Tetapi ada lagi satu masalah yang lain,lelaki itu adalah seorang askar.Tidak lama lagi,peperangan akan tercetus di negara jiran,dan dia akan dihantar ke sana selama setahun.Seminggu sebelum pemergian dia,dia bertemu dengan buah hatinya itu dan berlutut di hadapannya "Sudikah kamu mengahwini aku?" Si Perempuan sangat terharu dilinangi dengan air mata dan bersetuju.
Mereka pun bertunang,dan bersetuju dan berjanji apabila si Lelaki pulang dari negara jiran selepas setahun berkhidmat,mereka akan berkahwin.

Malangnya satu tragedi buruk berlaku,beberapa hari selepas pemergian si Lelaki, Perempuan itu mengalami kecederaan yang teruk dalam satu kemalangan terutamanya sekali di bahagian mukanya.Apabila dia bangun dari katil di sebuah hospital,dia ternampak kedua orang tuanya menangis teresak-esak.Dia tahu ada sesuatu yang buruk telah berlaku ke atas dirinya.Akhirnya dia mengetahui bahawa otaknya telah cedera teruk.Separuh daripada saraf otaknya yang mengawal otot mukanya telah rosak.Rupanya yang menawan sebelum ini telah menjadi begitu hodoh sekali.Dia menangis teresak-esak apabila melihat mukanya di hadapan cermin.
Kemarin,saya seorang menawan,hari ini rupa saya tidak ubah seperti "MOnster!!"
Badanya juga penuh luka-luka yang agak hodoh.
Akhirnya dia membuat keputusan untuk berpisah dengan tunangnya(lelaki itu).Dia tahu yang lelaki itu sudah tidak mahu bersama dengannya.Dia terpaksa melupakan lelaki itu dan tidak akan berjumpa dengannya lagi.
Dalam setahun itu,si lelaki selalu mengutuskan surat kepada perempuan itu,tapi tiada satu pun surat yang dibalas.Dia cuba menghubungi perempuan itu juga tetapi panggilan langsung tidak dijawab ataupun mendapat panggilan semula.

Genap setahun,si Ibu perempuan itu masuk ke dalam biliknya dan berkata "dia sudah kembali dari peperangan"
Perempuan itu terkejut "Oh tidak Ibu.tolong beritahu kepadanya tentang diri saya ini,katakan padanya yang saya tidak ada di sini!!"
Si ibu tersenyum dan berkata lagi "tidak lama dia akan berkahwin " sambil menyerahkan kad jemputan kahwin milik lelaki itu kepada si Perempuan.
Begitu sayu sekali si Perempuan apabila melihat kad jemputan tersebut.Dia masih cintakan lelaki itu,tapi dia terpaksa melupakan dia.
Dengan perasaan yang kecewa dan sedih,dia membuka dan melihat isi kandungan kad jemputan kahwin itu.
Dan dia ternampak Nama dirinya tertulis di dalamnya
Keliru sekali dan terus bertanya kepada ibunya "Apa ini semua ibu?"
Saat itu Si lelaki masuk ke dalam biliknya dengan sejambak bunga dan terus berlutut di hadapan perempuan itu.
"Sudikah kamu mengahwini aku?"
Si Perempuan terus menutup mukanya dan berkata "tetapi saya Hodoh!!"

Lelaki itu tersenyum dan terus mengambil tangan si perempuan yang menutup mukanya dan berkata
"tanpa pengetahuan dan kebenaran dari kamu,ibu kamu telah menghantar gambar-gambar kamu dalam tahun ini dan saya sudah tahu apa yang berlaku.Bila saya nampak rupa kamu di dalam,saya sedar tiada yang berubah langsung sama sekali,Kamu masih lagi seorang perempuan yang telah membuat hati saya jatuh cinta pada kamu sejak dulu lagi.Kamu tetap cantik dan menawan walau apapun yang telah terjadi.Sebab saya sangat mencintai dan menyayangi kamu!!"

Si Ibu hanya berdiri di situ memandang mereka berdua dengan perasaan yang terharu dan gembira dan dilinangi dengan air mata

Moral of the Story? Kamurang decide :)
Share:

Friday 16 November 2012

Cinta dan Ego


Pada suatu ketika dahulu,ada sebuah pulau dimana semua PERASAAN tinggal bersama
Ada satu hari itu,ribut telah melanda di laut dan pulau tersebut akan tenggelam.

Semua PERASAAN menjadi takut tetapi CINTA telah membuat satu bot untuk mereka semua.
Semua PERASAAN naik ke dalam bot tersebut tetapi satu PERASAAN saja yang tidak turut serta
CINTA turun semula untuk meliha
t siapakah yang tertinggal.
Ia adalah EGO
CINTA cuba memujuk EGO tetapi EGO langsung tidak berganjak dari situ.
Air laut semakin naik ke pulau itu.
Semua PERASAAN di dalam bot itu terus menyuruh CINTA naik sahaja ke bot dan tinggalkan EGO di situ..Tetapi CINTA diciptakan untuk menyintai.Akhirnya semua PERASAAN berjaya melepaskan diri mereka dari pulau yang sudah tenggelam itu tetapi CINTA telah mati bersama dengan EGO di pulau itu.

Cinta mati kerana Ego
Jadi,buanglah ego kita dan hargailah cinta..

P/S:adakalanya cinta itu hanya untuk sementara.dan adakalanya cinta itu juga hanya untuk selama-lamanya
adakalanya Sementara itu adalah selama-lamanya.
Share:

Wednesday 14 November 2012

Don't Judge People Before You Truly Know Them.


Seorang lelaki yang berusia 24 tahun memandang keluar dari tingkap di dalam sebuah keretapi dan menjerit "Ayah!! tengok tu..semua pokok-pokok jauh ketinggalan di belakang kita!!"
Si Ayah pula hanya tersenyum memandangnya dari tempat duduk mereka
Kelihatan di sebelah mereka adalah satu pasangan muda,hanya memerhatikan sahaja perangai lelaki itu,walaupun sudah besar panjang,tapi perangai macam budak
-budak,berasa kurang senang,
berkata dalam hati mereka.

Sekali lagi lelaki itu menjerit sambil mendongak ke langit. "oh Ayah,lihatlah awan-awan di atas,mereka semua sedang bergerak laju bersama-sama kita!!"

Kerana tidak tahan dengan tingkah laku lelaki tersebut,pasangan muda itu pun menegur si Ayah "Kenapa kamu tidak membawa anak kamu yang sudah dewasa ini ke hospital dan berjumpa dengan Doktor yang boleh mengubatinya? Lihatlah dirinya sekarang,macam budak-budak."

Si Ayah hanya tersenyum dan berkata "Ya betul,kami baru sahaja pulang dari hospital,sebelum ini,anak saya ini buta sejak dari lahir lagi,dia baru sahaja dapat melihat pada hari ini.

Pasangan muda itu pun terdiam

MORAL : -Every Single Person On The Planet Has a Story
-Don't Judge People Before You Truly Know Them.
Share:

Monday 12 November 2012

Sepeket Biskut Coklat

Ada seorang sumandak yg sedang tunggu flight dia di dalam boarding room dlm sebuah airport.Flight dia pun delay lagi,mungkin dalam masa 1-2 jam.Jadi dia pun membeli sebuah majalah dan juga sepeket biskut coklat
Dia duduklah di satu 'armchair" dalam "boarding room" itu sambil berehat dan membaca majalah yang baru dibelinya.

(Gambar sekadar hiasan)

Di sebelahnya pula di mana sepeket biskut coklat diletakkan,terdapat seoran
g lelaki @ tanak wagu sedang membaca sebuah buku.
Bila si sumandak mengambil biskut yang pertama untuk dimakan,itu lelaki pun ikut juga ambil.Si sumandak berasa sakit hati tapi dia tidak cakap apa2.Dia berkata dalam hati "bertuah punya lelaki,suka2 ja dia ambil,kalau sy teda mood,suda sy tampar dia ni"
Untuk setiap biskut coklat yang tu sumandak ambil,tu lelaki ambil jg selepas beberapa saat si sumandak mengambilnya.Ini betul2 bikin sakit hati tapi si sumandak nda mau kecoh2 juga la.Bila tinggal satu lagi biskut coklat tinggal,Si Sumandak tunggu tindakan si Lelaki seterusnya "pa kunun dia akan buat ni ah?" dlm hatinya..
Lepas tu..si Lelaki ambil la tu biskut,lalu dia belah dua,kasi share sama si sumandak..
merah muka si sumandak,marah..
"Doii..melampau juga ni lelaki,ko ingat ko hensemboy..ko suka2 ja makan biskut sy ah..ko belah dua lagi tu. " dalam hatinya si sumandak berkata..
dalam keadaan yang marah2,dia pack semua barang2 dia..dan terus pergi ke kaunter berlepas dalam airport itu.
Bila si sumandak suda masuk ke dalam kapal dan duduk di kerusinya,dia mau ambil kaca matanya di dalam beg,dan dia terkejut..
dia punya peket biskut coklat yang dia beli tadi ada pula dalam beg,langsung dia enda sentuh!!
Punya la dia malu pasal kejadian tadi..baru dia sedar yang dia pula yang salah,bukan tu lelaki..dia betul2 lupa yang biskut dia beli tadi terus dia simpan dalam beg pula...
"sy betul2 rasa malu dan kesal oh sama tu lelaki....sudalah sy pergi makan biskut dia..dia cool ja..trus dia kasi belah lagi tu biskut untuk share sma saya oh..huhu..sy pula yang marah2 sma dia tadi..."
tapi sudah terlambat untuk berpatah balik dan mnta maaf sama si tanak wagu walaupun si sumandak betul2 menyesal..

There are 4 things that you cannot recover..and there are also more than 4 things..

1.the Stone - after the throw!
2.the Word - after it's said!
3.the Occasion - after the loss!
4.the Time - after it's gone!

and others more things up to you to mention it...

YSS?
Share:

SeliparJepun atau Kasut Adidas Tambunan?

(nama adalah contoh sahaja,YSS!)
Gaman dan Gipag berkawan baik sejak dr kecil lg..hingga la dewasa...
satu hari,Gaman berbual la dgn Gipag,..
"Ipag,ko jugalah la best friend sy dr kici smpai la kita dua bsar..wlupun ada pena gaduh sikit.tp kita punya hubungan kawan masi kuat kan..ko pula..pa ko anggap sy? Kata Gaman pd si Gipag.

Gipag tersenyum dan membalas.
"hmm.sy? Sy anggap mcm SeliparJepun dan paling sy suka anggap..tu Kasut Adidas Tambunan.."
Punya merah muka si Gaman.Berdiri trus dia.terus dia marah pd si Gipag..
"kitaaiii..gini ka ko ah?ini kah slama ni ko pikir sy? SeliparJipun?!Kasut AdidasTmbunan?!


"Sabar bh ko..ko dengar la dlu.duduk dlu" selamba si Gipag ckp.
"Kenapa sy sebut ko mcm SliparJipun atau KasutAdidasTambunan?
tengo la sy pkai skng ni..slipar jipun..ko pkai tu kasut..tnpa salah satu drpd selipar dan kasut ini..kita mna dpt jln p mna2...buli jln..tp kalau luka kaki kita?amcm?memang bole jln jg tp perlahan..dan lmbt smpai....naik bukit,pergi tabasan,tu kasut pun penting kan?kalau sebelah ja..ada susah sikit..berkaki ayam nda kira la..
mcm dlm hidup kita skng.. bila sy susah..ko tolong sy..dan sbaliknya..dan bila sy sakit hari tu.. sy cuba utk drive sendiri kereta p hospital.tp sy nda dpt.nasib baik ko nmpk sy kan hari tu.dulu kecil2 waktu kita sekolah..sy lemah Matematik dan ko lemah Sejarah.tp sbaliknya dua2 mtapelajaran tu kita pndai.kita saling ajar mgajar kan.tingu skng..kita dua2 sda bjaya...itu mksud sy..
Itulah ertinya hubungan best friend kita ni" kata Si Gipag.
Terharu si Gaman mendengar penerangan si Gipag..

Best Friends Last Forever..ya ka?

jadi skng ni mau tnya kamurang..
tp tidak semestinya best friends hnya dr kita kecil ja.ada yg kita jmpa waktu kita bsar tp masi berkekalan kan..
sy tnya kamurang..

Sepa SeliparJipun atau Kasut Adidas Tambunan kamurang?
Share:

Sunday 11 November 2012

~Asal Usul Ungkapan LADIES FIRST~ Y so serious?


Suatu ketika dahulu,ada seorang lelaki yang sangat mencintai seorang perempuan.Mereka ingin berkahwin.
Tetapi tidak direstui oleh kedua-dua orang tua mereka berdua.
Jadi mereka berdua telah memutuskan untuk membunuh diri bersama-sama dengan melompat dari atas bukit yang tinggi.
Tetapi si Lelaki tidak sanggup untuk melihat buah hatinya pergi terle
bih dahulu darinya.Dia memberitahu kepada perempuan tersebut yang dia orang yang paling "first" akan terjun terlebih dahulu sebelum si perempuan,dan selepas itu barulah si perempuan akan turut terjun juga.
Tetapi,si Perempuan langsung tidak berbuat begitu....

Itulah sekarang ni kami sebagai kaum lelaki....kami guna ayat "LADIES FIRST" ...kasi chance kamurang duluan..manatau ada bahaya di hadapan...

haahhaha.enda ba :P
Share:

♥ What is Love? ♥

♥ What is Love? ♥

Apabila si anak kecil berusaha untuk mencapai dahi si ayah untuk menciumnya,That’s Love ♥

Apabila si isteri membuat kopi atau teh untuk suaminya dan merasa minuman itu sebelum diberikan pada suaminya,That’s Love ♥

Apabila si Ibu memberi bahagian kek yang paling terbaik untuk anaknya,That’s Love ♥

Apabila rakan kamu memegang erat tangan kamu sewaktu berjalan di tempat yang lic
in,That’s Love ♥

Apabila abang atau kakak kamu sms atau call kamu suruh balik rumah pada waktu yang tertentu, That’s Love ♥

"Love ♥" bukan hanya setakat seperti seorang lelaki memegang tangan pasangannya dan berjalan-jalan keliling bandar
Love is actually another name of”Care”!!
Share:

Monday 5 November 2012

Buli saya pinjam RM50 ko ka daddy?



Hari pun sudah malam.Mau dekat waktu tidur sudah..Si daddy baru pulang dari kerja.Overtime kan..sampai di rumah,dia nampak anak lelaki dia,Si Boboy yang umur 6 tahun tunggu dia depan pintu..

Boboy:daddy..buli boboy tanya ka?
Daddy: ya..apa itu?
Boboy:ko kerja satu jam,berapalah ko
dapat?
Daddy:itu bukan hal ko..knapa juga ko tanya? marah Si Daddy..
Boboy:saya mau saja bha..brapalah?
Daddy: saya dapat RM100 satu jam!!
Boboy: oh....


tunduk kepala si Boboy..
Boboy:daddy..Buli saya pinjam RM50 ko ka daddy?

Punya meradang si Daddy,"bagus ko masuk bilik pergi tidur!!Ko mo minta 50 ringgit sebab ko mo pergi beli mainan tu kan?Ko enda tau ka penat2 dan tekanan betul saya kerja overtime tiap2 hari,senang2 ja ko mo minta duit?!!"

Si Boboy diam2 saja terus dia pergi masuk bilik....
Si Daddy terus masuk ke ruang tamu dan duduk sambil bising2 pasal tadi..
"Kecil2 lagi sudah pandai minta duit tu budak ah!!"

Selepas sejam,baru la si Daddy sudah 'cooldown" dan mula berfikir "mungkin ada kali Si Boboy mau guna tu duit mo beli sesuatu bha kan,lagipun macam baru satu kali dia tanya begitu.."
Si Daddy terus pergi ke bilik si Boboy..

daddy:ko sudah tidur ka tu?
Boboy:belum lagi ni daddy..
Daddy:pasal tadi tu,daddy kasar betul sama ko kan..tekanan daddy tadi sana tempat kerja..nah..ni 50 ringgit untuk ko..

Tersenyum si Boboy.."terima kasih daddy!" katanya...Si Boboy bangun la dari katil dan mula mengambil sesuatu dari bawah bantalnya.Ia adalah sedikit longgokan duit kertas,terus si Boboy kira semua jumlah tu duit..Bila si daddy lihat semua tu duit,mula lagi dia meradang.Tapi si Boboy kasi habis ja kira dan pandang ke arah si Daddy..

Daddy:kenapa ko mau minta duit lagi sedangkan ko suda ada??!!

Terus si Boboy jawab dengan suara yang halus..
"sebab sebelum ni duit saya ada RM50.00 saja bha Daddy..sekarang sy ada RM100 sudah..Buli saya beli masa satu jam Daddy ka?Balik awal ah bisuk Daddy..lama sudah kita tidak makan malam sama2 oh...

Tersentuh hati si Daddy,kuar air mata dia..terus dia pergi peluk si Boboy dan minta maaf sangat2 sama Si Boboy...

Renungan:
Ia cuma peringatan ringkas untuk kita semua yang bekerja keras dalam hidup ini.Tapi kita tidak patut juga biar itu waktu berlalu begitu saja dalam tangan kita tanpa meluangkan sesetengah waktu itu untuk orang yang amat penting bagi kita,yang dekat dengan hati kita..

Kongsilah waktu "RM100" yang berharga itu dengan orang yang kita sayang sangat2..

Kalau esok kita sudah tiada dalam dunia ini,(palis2),itu company tempat kita kerja pasti akan dapat cari orang lain untuk mengantikan tempat kita dalam masa yang begitu singkat..
Tapi keluarga dan kawan2 kita akan rasa kehilangan kita seumur hidup mereka.
Share:

Si Arau dan Si Akin

ni cerita dr kazen yg tinggal di telupid..lama suda ni..tp baru sy ingat balik.mungkin ada yg suda pena dengar..jd tak perlu la letak caption "ah suda pena dengar ni."
steady ja ah.. agar tidak myinggung sesetengah pihak ..sy kasi modified..
so sit back and relax..cheewwahh :P

Ceritanya begini...

Satu hari,si Arau dibawa oleh si Akin untuk tinggal di kampungnya memandangkan public holiday la b
ha kan kononya..dia di bawa berjalan2 keliling kampung itu oleh si Akin.. adalah la satu ketika tu..si Arau ternampak seorang sumandak di satu rumah..sedang siram pokok bunga,trus jatuh hati si Arau sma tu sumandak.Dia pun bertanya la sma si Akin sepa ka gerangan sumandak itu..

Arau: uiiseeh..sumandak bha tu.sepa bha nama dia tu?
Akin: Si Bibi bha nama dia tu..kenapa gia?
Arau: buli ko tolong kirim salam ka sma dia..mcm sy berminat oh sma dia..

Si Akin yg memang terkenal dengan casanova dan kePLAYBOYan dia tu..pun nda mau mengalah..

Akin: doooiii..nda payalah ba...
Arau:knapa juga.enda buli ka..
Akin:ko tau.. semua perempuan di kampung ni suda jadi ex-sy oh..teda payala ko mo mengurat lagi di sni..
Arau:ahhh..temberang la ko sana..pa bukti dia?
Akin:kalau ko enda pecaya..ko pergi la round satu kampung ni..ko cari ja sepa2. ko pergi sapu mulut diiorang..ambi air liur diorang..kasi hidu@singut sy..sy buli tau tu sepa yg sy pena cium..
Arau: bah..ko tunggu sini ah...

Mula la pencarian si Arau round2 kampung itu..tidak lama kemudian.dia datang balik pergi tmpt si AKin...

Arau: nahhh..ko hidu ni....
Akin: hmmmm.....alalalala..ni sumandak sna yg tinggal tepi balai raya tu kan...haaha..
Arau: ya bha..nanti ko tunggu sini lagi ah..

smbung lagi cari.... datang balik..dia kasi hidu lagi sma si AKin

Akin:ummmm....ni lagi...baru last month kami break ni sma dia..yg tinggal siring jalan tu kan..

Si Arau masih lagi enda puas hati.kali ini lagi suspen dia buat..dia datang balik pergi tmpat si Akin.

Akin:hahahahha..ko fikir sy enda tau..ni air liur tu Janda kan....si Odong ba nama dia tu..
Arau:kitaaiiii ko..jap ..sy datang lg sni..

Kali ini ..si Arau yakin....

Akin: mmmm..uina..budu oh ko...bini si Gampak ni..berani ko sapu mulut dia.....
Arau:arrghhhh.sumanya ko tau...kejap .tunggu sini lagi..

seterusnya..

Akin:hmmmm....aik..hahaha...ni nenek tua sna tinggal di hujung tu kan... sy tau bha..
Arau: waaaahh..bahaya oh taste ko..arrrggghhhh..sy nda puas hati ni..betul2.....kitaiiii..tunggu lagi ko sini..
Akin: suda la tu..hahahahahaha .....

si Arau betul2 tidak tau di mana lagi mo cari perempuan2 di kampung itu..perjalanan dia smpai di tepi padang rumput
dia ternampak seekor kerbau sedang meragut rumput..timbul idea dia..


Arau: ni kali siap la ko Akin..ko memang nda tau ni..
Akin:hahahahah...ko nda mo mgalah oh kan...ba.mari sini..kasi singut@hidu sy gia...
Arau: nahhh...

Akin:hmmmm...huh? ehhh..japp..sini dulu..satu kali lagi... aik?
Arau: kenapa? hehhehe..
Akin:sini dulu..jangan dulu ko kasi lari tangan ko..aik..sepa ni ah..hmmm..?

gembira terus Si Akin..

Akin:waaaaaa..perempuan baru ni kan....mana ko jumpa..kasi tau sy cepat...yeah..mana2?
Arau:sana tu dekat tepi padang rumput..tunggu bas pawong kali tu..

Maka berlari2 anak la si Akin pergi sna tepi padang rumput..


Share:

Wednesday 31 October 2012

BERITA TERGEMPAR (Lawak)




BERITA TERGEMPAR
5 Mati Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Kawasan X .

[Pada Hari Yg Sama Di Sebuah Sekolah]
Seorang Cikgu Meminta Seorang Daripada Muridnya Utk Mengira 1 Sampai 10 [Katara Guru Tadika Lha]
Murid Tersebut : 1 2 3 4 6 7 8 9 10.
Cikgu : Aik ? Mana 5 Ko ?
Murid : Tadi , Sa Baca Newspaper Daddy Sa Ada Tulis '' 5 Mati Dalam Kemalangan Jalan Raya ''
Share:

Anting-anting

Ibu baru blk dr pasar.smpai la di ruma..sunyi ja..meliar mata dia cari dua org anak remajanya.Si Ondu dan Si Untot(lelaki dan pompuan) apabila dia terdengar suara halus dr bilik si Untot..

"aaawww.sakit la bang..ahh..pelan2 bh"
"ish..ko tahan ja ba..sikit lg ni..blum lg masuk ni"
"aw.besar la lubang dia nti tu bang..nti longgar oh".
"tidak bh tu..ko lek ja."
"lama lg ka.sy nda tahan sda ni..mummy
pun mau blk sda tu.."
"kejap lg..ko tahan ja ah..sikit lg..tebal bha kulit ko"

Banngggg!!!! Pintu bilik si Untot terbuka kerana ditendang oleh si Ibu

"odoi-odoi..ko suda gila ka ondu..napa ko pergi cabul adik ko sendri..apa kamu dua buat ni!!!! kamu nda ingat dosa ka??!!""

selamba si Ondu mnjawab.
"dui..si mummy barulah..pa jg kami buat..sy tolong tindik telinga si Untot bha ni..dia yg minta..mo pasang anting2 kan.."

Terdiam si Ibu lalu keluar la dia dr bilik itu..



Share:

Dua Orang GIla

Dua Orang Gila Berpakat Untuk Lari
Dari hospital Mental , Diurang Punya Plan Sampai Saja Pagar Hospital , Pukul Itu Sikuriti , Lepas Tu Buka Pagar Trus Diurang Lari Lha .. Bila Diurang Sampai Itu Pagar , Sekuriti Yg B'tugas Tiada Di Sana , Cuti Bersalin Kali .. Pagar Pula Terbuka Luas ..
Perbualan Diurang :
'' Silaka !! Rusak Plan Kita .. Kita Berundur Dulu , Kita Cuba Lagi Bisuk ''



Share:

Thursday 18 October 2012

Klimaks yg Suspen

dialog si sumandak..

Awww....sakitnya..uh..jangan kasar2 bha..aww..ah..
basar juga...masuk dalam lagi tu...mmmmm..
ini lah kali pertama saya buat gini..tolong lembut2 ah.sy takut ni..
aww...uhhh..ahh..
omaigad!! omaigad!! nah..kuar sudah...byk lagi tu..wahh..

Doktor: sy tampar la ko lama2 ni mandak...bilang mo derma darah..tapi bising2 pula...nda tenteram jiwa sy dengar ko ckp gitu.. =.=


Share:

Tuesday 16 October 2012

Yang Ini Macam Bukan Cerita Lawak :P

suatu petang,Si Bapa dan Si Ibu sedang bersantai di luar ruma banglo mereka di atas bukit di dalam sebuah kampung yang jauh dari bandar.Si Pele pun datang kepada mereka.

Pele:Daddy,lama suda kita tinggal di sni..sy pun ramai suda kawan2 di sekolah baru sy tu.ada yang tinggal di kampung ini juga..Buli ka kalau sy pergi join diorang main petang ni..

Bapa: pergi saja bha...jangan lewat balik ya..ka
lau mau galap suda..terus pulang ya...

Ibu:Pele!! jangan ko ikut diorang pegi main..ko tau ka budak2 kampung tu nanti bawa ko pergi tempat yang enda tentu..pengutur lagi diorang tu.Mummy enda suka la.tulah bha si Daddy bawa kita tinggal di sini..pa juga yang ada di sni ni..muka2 orang kampung sini pun bikin takut...geli btul sy tengo.....

Pele: tapi mummy.....

Ibu:teda tapi2 lagi..kan bagus kalau kita masih tinggal di bandar.macam2 ko bole buat .....tu ada suda PS3 sama laptop sna bilik ko..ko p ja main .ni la ni si daddy ni bawa kita tinggal di sini (smbil jeling ke arah si bapa, si bapa pun diam saja)

Pele: mummy..kita tinggal di bandar pun sama juga..saya satu urang ja di ruma.mummy jalan kasi tinggal sy..pergi spa dan shopping sama kawan2.ko bilang kawan2 sy kutur sma enda bagus..tapi kenapa diorang yang selalu tolong sy dlm kelas di sekolah..diorang yang ajar sy lagi kalau sy enda paham..mummy,muka diorang memang mcm tu..tapi diorang enda jahat..ko saja yang tingu diorang semua lain macam.diorang serba salah mo tegur mummy..memang diorang kutur,sebab diorang buat kerja di kampung..tapi tingu anak2 diorang,kawan2 sy..sihat pun,pandai lagi tu smua..abang2 kakak2 diorang ada yang suda masuk unibersiti....mummy jangan la pandang rendah sama diorang...sy minta maaf la kalau sy cakap begini..tapi di sini lah sy dapat pengalaman tentang hidup di kampung ni..tu yang daddy mau untuk sy..mummy ja yang tidak sedar akan semua ini..

Bapa: enda apa la tu Pele..ko pegi ja la main.jan lupa balik sebelum galap ya...

Pele:thanks daddy.... (lalu si Pele pergi la jumpa kawan2 dia)

Si Mummy pun diam ja dengan muka yang merah...
Share:

Paling Cepat Naik Pangkat


Pada suatu tengahari.Si Pele tiba2 dipanggil masuk ke bilik Tuan Pengarah.

Pengarah: kamu tau ka kenapa sy panggil kamu ke sini?

Pele:tahu Tuan,sebab sy mo kena kasi naik pangkat kan??

Pengarah:“Kamu belum setahun di sini, masuk sini kamu jadi office boy , seminggu kemudian jadi Sales, sebulan kemudian kamu saya lantik jadi Sales Manager, dan setelah tiga bulan, kamu
saya lantik jadi Wakil Pengarah. Bulan ini saya pencen kamu gantikan saya ya?”

Pele:bah..terima kasih ah Tuan.

Pengarah: itu saja ja kah yang kamu boleh katakan??

Pele: ish.....si Daddy ni..kau sudah janji kan sma sy semalam pun di rumah.... sudah kita bincang tu..



Share:

Kedai Buku Misteri

Petang itu,Ryo baru pulang dr kerja,kerana cuaca mendung dan nampak sangat ingin hujan,dia membuat keputusan untuk melalui jalan pintas di satu lorong yang gelap.Lorong itu telah diberitahu oleh rakan kerjanya sendiri..sedang si Ryo berjalan dalam lorong tersebut.Dia terlihat satu pintu di penjuru lorong tersebut bertulis "Kedai Buku Hitam" dan satu lg slogan bertulis "Apa yang ada di sini pasti tidak ada di tempat lain"..lalu si Ryo pun masuk ke kedai tersebut kerana terdorong perasaan ingin tahunya.Suasana dalam kedai tersebut amat menyeramkan dengan cahaya lampu yang suram.Dengan berhati2,Ryo pun berjalan di dalam kedai tersebut. 
Ryo: hello,ada orang kah ni? (Sunyi saja) 
Dia terpandang sebuah buku di atas rak yang usang.Diambilnya buku tersebut,tajuknya "10 Ways You Can See Ghost".Ryo amat berminat dengan tajuk buku itu,sedang dia membelek-belek buku tersebut.Tiba-tiba keluar satu tangan entah dari mana,menyambar buku tersebut.Si Ryo pun amat terkejut tapi dia terus menjejaki dari mana datang tangan tersebut.Dia ternampak satu lembaga menuju ke kaunter kedai buku itu.Dia memberanikn dirinya untuk ke kaunter tersebut.
Punya dia terkejut ternampak seorang lelaki tua sedang duduk di kaunter tersebut memandang si Ryo dengan muka yang garang. 
OrangTua:kalau kamu mau baca,bayar dulu la.. 
Ryo:ok la bha Uncle,jangan marah bha,saya beli la tu buku,berapa harganya. 
OrangTua:(ketawa sinis)hehehhe..memang sudah jadi takdir ni kamu jumpa buku ini di sini,buku ini tidak terdapat di mana-mana kedai buku lain.Oleh kerana itu,saya akan bagi kamu diskaun.Saya jual ni buku RM250 la. 
Ryo: alalalala.memang itu ka harga original tu buku? (tidak puas hati) 
OrangTua:kenapa? Murah ka?Saya bagi harga original la.. Ryo:yalah2,ngam la tu RM250,saya beli la..cancel reload broadband la ni besok.tidak dapat online FB lagi.mau dating sama si Nonong pun cancel juga la..haizzz.(sambil.menghulurkan duitnya) 

OrangTua:hei anak muda,kamu harus jaga buku ini baik-baik.apa saja cara di dalam buku ini yang kamu ingin lakukan,kamu tanggung sendiri akibatnya jika berlaku apa-apa.
Ryo:eee.yalah bha..saya tau juga tu. 
OrangTua:tapi ingat!! Apa saja kamu lakukan,Jangan sesekali membuka dan membaca MUKASURAT TERAKHIR buku itu.Kalau tidak kamu akan mengalami perkara yang buat kamu menyesal dan tidak boleh berpatah balik!! (spontan kedengaran bunyi guruh yang kuat) Malam itu,hujan dan angin kencang di kawasan tempat tinggal Ryo.Kebiasaannya,Ryo suka tidur dengan tingkap biliknya terbuka.Walaupun dia sedar akan hujan dan angin yang kencang,dia tetap tidak berganjak dari katilnya dan menyambung tidurnya.Buku itu diletak d atas meja di sebelah katilnya yang berada di tepi tingkap.Tiba-tiba angin yang kencang itu masuk ke biliknya lalu meniup mukasurat buku tersebut.Saat itu,baru si Ryo sedar,pesan orang tua itu padanya.Tanpa membuang masa,dia pergi mengambil buku tersebut untuk menyimpannya di dalam laci...Sewaktu tangannya sudah mencapai buku tersebut,Ryo terkejut yang tangannya sudah berada di atas muka surat terakhir buku tersebut.Dengan perasaan yang takut dan berhati-hati,perlahan-lahan dia membuka tapak tangannya untuk melihat isi kandungan mukasurat terakhir buku tersebut....tertulis di penjuru kiri bawah mukasurat akhir buku itu.. 

FIXED PRICE : RM5.00 

Ryo: kitaaaiiiii!!!!! aarrghhhh...Menyesal saya biliiiii!!!! 

Moga Thibur.
^_^
YSS
Share:

Jam Bercakap

Si Pele mengajak si Ondu datang ke rumah barunya.Dengan bangga sekali dia kasi tingu la sama si Ondu ruang-ruang bilik dan hiasan dalam rumahnya.Si Ondu tertarik pada sebuah gong tembaga yang bergantung di dinding.

Ondu:waahh...ko bawa juga ni gong ya dari kampung..

timbul idea si Pele mo kasi main2 si Ondu..

Pele:lol..bukan gong ba ni..ini jam bercakap la.

Ondu:jam bercakap??huuyooo..ya kah?cuba ko kasi demo dulu..sekarang pukul berapa sudah?

Pele: oh..ko enda pecaya ka? jap ya sy kasi tingu ko..
(sambil mengangkat pemukul gong itu)
Dia memukul gong itu sekuat hatinya smpai buli pecah gegendang telinga kunun.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebaliknya dinding itu,suara pemilik rumah sebelah rumah Pele
"Oiiiii...Buang tabiat ka??!!! Jam 2 pagi sudah ni.kamurang enda mau tidur ka ni?Kitaaiii punya orang!!!

Pele: nahh....jam 2 pagi suda..ko cek la jam handphone ko..ngam kan? kejap sy pegi dapur dulu buat kupi...

Tinggal la si Ondu yang kelihatan bingung di depan gong tersebut ...

Share:

Guru Kaunseling Bahagian 2

Hari Kedua si Nonong d sekolah barunya itu sebagai guru kaunseling...
pada pagi itu..dia ternampak seorang pelajar berdiri sahaja di luar kelas nya memandang ke kelas bertentangannya ...dia terus mendekati pelajar itu..
Nonong:selamat pagi...kamu buat apa di sni...sepa nama kamu?apa kamu ada masalah?
Abak: Selamat pagi cikgu,Nama sy Si Abak...teda apa2 la cikgu...(sejurus selepas itu.dia masuk ke
dalam kelas semula)

waktu rehat,sekali lagi si Nonong ternampak Abak di luar kelas nya melakukan perkara yang sma..tanpa syak lagi ,si nonong pasti murid itu ada masalah..

Nonong:dr tadi pagi,cikgu nmpk kamu buat perkara yang sama juga..apa masalah kamu ni? bole tak kongsi dengan cikgu..setiap masalah pasti ada jalan pnyelesaiannya..
Abak:ish ..janganla cikgu..malu bh sy ni..
Nonong:bagitau saja. cikgu pasti ni bukan pasal pelajaran kamu kan..
Abak:hmm..gini ba cikgu..sy ada suka sma satu orang perempuan ba sna kelas sebelah (smbil menunjuk ke arah kelas itu)
Nonong: oh..eya ka..jadi kenapa kamu tak bagitau pada dia?tapi masih awal untuk kamu fikir pasal cinta ni..pelajaran harus diutamakan...

Abak:tapi cikgu..dia tolak cinta sy ba.dia bilang sy ni "biasa2" ja...dia memilih betul ni..dia cakap english sma sy.. "i just want to be with student who is OUTSTANDING only in school" (saya hanya mahu bersama dengan pelajar yang cemerlang di sekolah ini)
itulah sebab..sy berdiri la saja di luar kelas ni..mahu kasi tingu sama dia...tapi dia belum lagi keluar2 dari tadi ni..

Nonong: ....... (terdiam dan terus berlalu)

P/S: outstanding, maksudnya adalah "tertunggak" tapi ada juga maksud lain "cermelang" dan kalau di atas pula? :P

out standing = translate? = ??


^_^
YSS
Share:

Monday 15 October 2012

Guru Kaunseling Bahagian 1

Si Nonong baru saja start kerja barunya sebagai guru kaunseling di sebuah sekolah.Mestilah kalau first day,bersemangat sudah dia untuk memberikan nasihat kepada murid2 di sekolah itu.

Smpailah waktu rehat,si Nonong ternampak seorang murid tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawannya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Si Nonong pergi la datang dekat tu murid,dan bertanya pada tu murid kalau dia ada masalah.Murid itu menjawab semuanya dalam keadaan baik2 saja.
Mendengar jawapan itu,si Nonong pun berlalu meninggalkan murid itu.
Selang beberapa minit kemudian,si Nonong masih lagi lihat tu murid berdiri di
tempat yang sama.Ni kali si Nonong pasti yang murid itu ada masalah.
Sekali lagi dia pergi dekat tu murid.

"kamu mahu saya kasi teman kamu di sini ka?" kata si Nonong.
"boleh bha cikgu.." Jawab murid itu.
Merasa bahawa pendekatannya berhasil Si Nonong bertanya lagi..
"kenapa kamu satu orang sahaja berdiri di sini?Apa kamu dipulaukan atau kamu ada masalah? Tanya si Nonong.
Murid itu pun menjawab "aik..cikgu..sebab kan...emm....sy jadi GOALKEEPER bha ni.tulah saya tunggu di sini ja."



Share:

Medical Check-Up

Pada suatu hari..si Gampak datang ke hospital untuk "medical checkup".Di sana dia ternampak si Otok yang sedang duduk menangis teresak-esak.

Gampak: nahh...kenapa gia ko menangis ni oi Otok?sma sepa ko datang sini ni?

Otok:sy datang sini sama si Karuk tadi..uwaaa....

Gampak: jadi napa ko nangis..mana suda si Karuk?

Otok:sana dia....sy nampak si Karuk tadi pergi ujian darah..tu nurse cucuk la jar
i dia mo ambi darah...waaaaaa..

Gampak:itupun mau nangis juga...

Otok:yalah..lepas ni giliran sy lagi bha..

Gampak:cucuk jari sja pun..apa mo takut oh..

Otok:bukan la.si karuk ja yang pergi ujian darah..sy pula ujian air kencing...sy takut kena cucuk anu sy bha...uuwaaaaaaaa...

Gampak: =.=





Share:

Gaduh

Pagi itu,Si Ibu memanggil kedua2 anak perempuannnya,Ulai dan Untot utk breakfast.
Ulai:morning mummy...
Ibu:ya morning jg..mana adik kamu?
Ulai:masi tidur lg tu.biar la..cuti skul jg kan.nti dia bgun jg tu...
Ibu:ko ok ka sma adik ko ni?
Ulai:ok bha mummy,npa pula tidak?
Ibu:sebab semalam sy dengar mcm bising2 dlm bilik kamu.Punya kuat ko sma dia berteriak,smpai ada sy dengar ayat."Babi..silaka ko
sana!!Pergi mati la ko babiiii!!!!" kamu bergaduh bha kan?tidak bagus tau guna perkataan bgitu.
Ulai:ish si Mummy ni,mna ada gaduh la..
Ibu:jadi apa la tu?
Ulai:kami main Angry Birds ba tu.ada satu level tu...susah mau kasi kena tu babi bha...
Ibu:ohhhhhh..ok..


^^
Y so serious..






Share:

Sunday 14 October 2012

Siput Babi

Satu petang..si Pele mengajak si Ondu masuk ke dalam hutan untuk
melastik burung kunun la..entah apa lagi muslihat dia ni kali
...dalam hati dia berkata (hehhe..si ondu mana tau apa dalam hutan ni,
buli la sy kasi tirik@trick dia ni)

dalam pencarian diorang utk melastik burung,
si Pele nampak seekor siput babi.lalu dia memanggil Si Ondu...

Pele: oi..ondu..ko tau ka pa binatang tu..(smbil
menunjuk ke arah siput itu)

Ondu:doii..tau bha..siput babi bha tu..

Pele:oh..fikir ko nda tau..hehehe...
lalu diorang sambung lagi cari burung..tidak lama kemudian...

Pele: nahh...ni lagi ..ko memang enda tau ni kan..

Ondu:siput babi jg bha tu...

Pele:hehehe ya ka..yg tu pula apa?

Ondu:siput babi...(nada suara yg marah sikit)

Pele:nahh..tu lagi..apa tu..

Ondu:heiyaa..siput babi jg tu....

Pele:tu nah paling basar snaaaa di daun keladi tu..apa tu?

Ondu:sy bilang dari tadi.... SIPUUTTTT lah BABIIIIIII!!!!! ko mo lastik burung ka enda ni?..sy lastik muka ko nanti...

Pele:hehehe yalah bha..ko marah gia di? mari la jalan...

Share:

Total Pageviews

Stand By Me :)

Networked Blogs

Blog Archive

Pages