KOLEKSI CERITA LAWAK DAN LAIN-LAIN with Sabahan Slang! :D Sumber original atau dari internet

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label Cerita Pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Cerita Pengajaran. Show all posts

Monday, 17 June 2013

SALESMAN YANG KESIAN



Seorang salesman 'vacum cleaner' datang menuju ke sebuah rumah. Diketuknya pintu depan. Belum sempat si suri rumah itu berkata sepatah pun, salesman itu menghamburkan segala macam kotoran ke karpet ruang tamu.

"Auntie," katanya, "auntie jangan susah hati..saya yakin akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan bersih kembali dalam sekelip mata. Jika nanti masih ada kotoran yang tertinggal, saya bersedia memakannya."

"Bha..kalau begitu" kata suri rumah,"Mula la ko makan sekarang,sebab rumah kami ni belum ada karan lagi bha ni.."
Share:

Thursday, 28 March 2013

Miskin dan Kaya


Satu hari, seorang ayah yang berasal daripada keluarga yang sangat kaya raya membawa anak lelakinya bercuti di sebuah daerah yang agak jauh daripada pembangunan dengan tujuan memberi pengetahuan kepada anaknya bagaimana orang miskin hidup. Mereka menghabiskan masa beberapa hari dan malam untuk tingga di kawasan ladang milik sebuah keluarga yang sangat miskin.Dalam perjalanan pulang, si ayah bertan
ya kepada anaknya, "Apa pendapat kamu tentang percutian kita ini?"

"Ia sangat menarik, ayah." kata anak itu

"Apakah anda sudah melihat bagaimana orang miskin hidup?" Ayah bertanya.

"Oh ya," kata anak.

"Jadi, beritahu saya, apa yang kamu belajar daripada itu semua?" Tanya Ayah.

Anaknya menjawab, "Saya melihat bahawa kita mempunyai satu anjing dan mereka mempunyai empat. Kita mempunyai kolam yang sampai ke tengah-tengah taman kita, dan mereka mempunyai sungai yang mempunyai tiada hujungnya. Kita telah meletakkan lampu perhiasan di taman kami, tetapi mereka mempunyai bintang bintang pada waktu malam.Kita mempunyai sebidang tanah yang kecil untuk hidup, dan mereka mempunyai kawasan tanah yang melampaui penglihatan kita. Kami mempunyai orang gaji untuk melayani kita, tetapi mereka berkhidmat untuk orang lain. Kita membeli sendiri makanan untuk kita, tetapi mereka menanam dan mempunyai makanan mereka sendiri. Kami mempunyai perlindungan untuk seluruh harta kita ,tetapi mereka mempunyai rakan-rakan lain untuk melindungi mereka ".

Ayah budak itu diam sahaja.

Kemudian anaknya menambah, "Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita ini..
Share:

Friday, 15 February 2013

Apa itu Cinta? Apa itu Perkahwinan?



Satu hari, Plato bertanya pada gurunya, "Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukannya?

Gurunya menjawab,"Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta" Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"

Plato menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak ku ambil ranting tersebut.

Ketika ku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya"

Gurunya kemudian menjawab "Jadi itulah yang dikatakan cinta"

Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, "Apa itu perkawinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?"

Gurunya pun menjawab "Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan"

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya. Gurunya bertanya, "Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"

Plato pun menjawab, "Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya" Gurunya pun kemudian menjawab, "Dan itulah yang dikatakan perkahwinan"

Moral :

Oleh itu carilah cinta dan dapatkan perkahwinan. Kerana kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Tuhan sudah tentukan pada kita

^_^
YSS
Share:

Nilai Segelas Susu

Suatu hari, seorang budak lelaki miskin yang hidup sebagai penjual barang-barang dari pintu ke pintu kehabisan wang. Keadaannya saat itu sangat lapar. Budak lelaki tersebut memutuskan untuk meminta makanan dari rumah yang ada di kawasan perumahan itu. Akan tetapi dia kehilangan keberanian saat seorang wanita muda membuka pintu. Budak itu tak jadi meminta makanan, ia hanya berani meminta segelas air. Wanita muda tersebut melihat dan berfikir bahawa budak lelaki itu pasti lapar.

Oleh sebab itu ia membawakan segelas besar susu. Kemudian, budak lelaki tersebut minum dengan lahapnya dan bertanya, "Berapa saya harus bayar untuk segelas besar susu ini?"

Wanita itu menjawab, "Kamu tidak perlu membayar apapun, ibu bapa kami dulu mengajar untuk tidak menerima bayaran jika melakukan sesuatu kebaikan," kata wanita itu.

Sambil menghabiskan susunya, budak lelaki tersebut berkata dalam hatinya, "Dari hatiku yang terdalam, aku sangat terharu pada wanita yang baik hati ini, dia tidak sombong sekalipun kaya!"

Beberapa puluh tahun kemudian, wanita muda dahulu (kini sudah agak lanjut usianya) mengalami sakit yang sangat kronik. Klinik sudah tidak mampu lagi mengubati penyakitnya, apatah lagi saat ini dia berstatus balu seorang pekerja kereta api. Atas saranan keluarganya, si wanita ini dipindahkan ke hospital yang ada di bandar tersebut untuk rawatan. Namun, tetap tidak boleh diubati. Akhirnya dengan menjual barang-barang yang masih tinggal dan bantuan rakan-rakan, si wanita muda itu dikirim ke ibu kota kerana di sana ada doktor yang mampu mengubati penyakitnya itu.

Dr. Piyo dipanggil untuk melakukan pemeriksaan. Pada saat mendengar nama kota asal wanita tersebut, terbersit pandangan mata Dr. Piyo berubah.Segera dia bangkit mengenakan jubah doktornya dan bergegas turun menuju kamar wanita tersebut. Ia langsung mengenali wanita itu dengan sekali pandang. Dr. Piyo kembali ke ruang konsultasi dan memutuskan untuk melakukan serangkaian medical check up serta terapi medik lainnya.

"Apa yang pasti, wanita tersebut harus sembuh," demikian tegasnya. Mulai hari itu, si wanita yang lemah itu menjadi perhatian Dr. Piyo dengan kasih yang tulus. Memasuki bulan ketiga di rumah sakit tersebut ternyata wanita itu benar-benar sembuh.

Lalu, Dr. Piyo meminta bahagian kewangan hospital untuk menghantar bil perubatan kepadanya. Dr. Piyo melihatnya dan menuliskan sesuatu di bawah bil tersebut. Dia sangat yakin bahawa wanita ini tidak akan mampu membayar bil tersebut walaupun harus dibayar ansuran seumur hidupnya. Bisnes yang dimilikinya bersama mendiang suaminya gagal kerana ditipu, demikian cerita si wanita kepada Dr. Piyo. beberapa waktu yang lalu. Hal ini pula yang membuat ia jatuh miskin, dengan seorang anak yang saat ini juga tidak bekerja.

Bil akhirnya sampai ke tangan si wanita yang malang itu. Dengan rasa was-was ia memberanikan diri membaca bil yang diberikan dari bahagian kewangan. Di sana tertera perincian biaya yang dikeluarkan selama ia menjalani rawatan. Akan tetapi ada sesuatu yang menarik perhatiannya, pada bahagian bawah bil tersebut. Ia membaca tulisan yang berbunyi “Sudah dibayar dengan segelas susu.”

Moral of The Story?
Kamurang buat la kesimpulannya..

^_^
YSS
Share:

Monday, 21 January 2013

Kamurang semua adalah Karya Yang Unik dan Awesome! :)



Ibarat sebiji buah plum,tapi si Dia mahukan buah pisang sebagai pasangannya,jadi kamu pun menukarkan diri kamu kepada pisang.Tapi tidak lama selepas itu,dia merasa bosan,jadi kamu bertukar menjadi buah oren lagi pula.Dan tidak lama selepas itu,dia merasakan "masam" ,jadi kamu bertukar menjadi buah epal pula.Tapi dia pergi cari lagi buah anggur.
Dalam hidup kita..kenapa kita harus "berubah" berkali-kali hanya kerana untuk itu orang yang mahukan perubahan itu?Sampai kita tidak lagi tahu siapa diri kita sebenarnya.Apa lebih baik kita berharap yang kita kekal saja menjadi buah plum dan menunggu si Dia yang "buah plum" juga?

Hanya kerana sekumpulan orang tidak menerima kamu seadanya,tidak perlulah kamu menukar diri kamu dari yang asal.Kamu perlu berfikir juga untuk diri sendiri.Napa perlu berpura-pura untuk dunia ini?Jangan pernah sesekali berhenti untuk mendapatkan perhatian daripada orang untuk diri kamu yang sebenar.Jadilah diri kamu sendiri.Dalam jangka masa yang panjang,jika terlalu berpura-pura dan tidak menjadi diri sendiri,kamu akan menyesal sebab kamu telah mensia-siakan satu perkara..Keunikan diri anda... Kalau ada kumpulan orang yang tidak menerima diri kamu yang sebenar.biarlah..banyak lagi kumpulan yang lain.

Semua kita ni punya "dunia" yang tersendiri di mana kita boleh jadi king/queen hanya dengan menjadi diri sendiri.Cari la tu "dunia" dan sebenarnya.. tu "dunia" yang akan cari kita.. :)

Apakah air boleh lakukan, petrol tidak boleh dan apa tembaga boleh, emas tidak boleh. Kerapuhan semut membolehkan ia bergerak dan ketegaran pokok itu membolehkan ia untuk tinggal berakar umbi. Segala-galanya dan semua orang telah direka dengan keunikan tertentu untuk berkhidmat tujuan yang kita boleh penuhi hanya dengan menjadi diri kita yang unik. Anda sebagai anda sendiri boleh menjadi tujuan anda dan saya kerana saya sendiri boleh menjadi tujuan saya. Anda berada di sini untuk anda ... hanya anda.

Dalam sejarah alam semesta,memang tiada sudah urang macam kita semua ni masing2...walaupun pada masa akan datang.sebab kamu tu unik :)
Dunia sepatutnya lebih mengasihi dan menghargai kita semua.sebab setiap satu dari kita ni unik,jarang,ajaib..Master Piece!

You're Amazing Just The Way You Are :)

YSS
^^
Share:

Wednesday, 16 January 2013

Mencari "Love" ??



jangan terlalu mencari rupa yang lawa/hensem/cute sekali,kerana satu hari nanti rupa itu boleh menjadi tua juga..
jangan terlalu memilih pada kulit yang cerah dan licin,kerana satu hari nanti,berkedut juga tu..
jangan terlalu mencari bentuk badan yang hot,kerana satu hari nanti akan berubah juga..
jangan terlalu mencari yang ada stail rambut terkini..kerana sama juga nanti pandai putih juga tu rambut..
.
.
.
.
.
.
.
sebaliknya..cari la yang punya hati yang setia dan jujur..yang sinta sama kamurang tiap2 hari dia....


P/S:copy,translate dan paste.. :P

YSS?

^_^
Share:

Total Pageviews

Stand By Me :)

Networked Blogs

Labels

Blog Archive

Pages