KOLEKSI CERITA LAWAK DAN LAIN-LAIN with Sabahan Slang! :D Sumber original atau dari internet

Saturday 17 November 2012

Cinta Seorang Askar

Satu hari,seorang lelaki telah jatuh cinta kepada seorang perempuan.
Tetapi lelaki itu berasal daripada keluarga yang sangat miskin.Ibubapa perempuan itu tidak bersetuju dengan hubungan mereka berdua.
Jadi,lelaki itu memutuskan yang dia harus memikat dan memenangi hati ibubapa perempuan itu juga.Dari masa ke semasa,ibubapa perempuan itu telah sedar yang lelaki itu adalah orang yang penyayang,budi
man,baik hati dan amat sesuai sekali bersama dengan anak perempuan mereka.
Tetapi ada lagi satu masalah yang lain,lelaki itu adalah seorang askar.Tidak lama lagi,peperangan akan tercetus di negara jiran,dan dia akan dihantar ke sana selama setahun.Seminggu sebelum pemergian dia,dia bertemu dengan buah hatinya itu dan berlutut di hadapannya "Sudikah kamu mengahwini aku?" Si Perempuan sangat terharu dilinangi dengan air mata dan bersetuju.
Mereka pun bertunang,dan bersetuju dan berjanji apabila si Lelaki pulang dari negara jiran selepas setahun berkhidmat,mereka akan berkahwin.

Malangnya satu tragedi buruk berlaku,beberapa hari selepas pemergian si Lelaki, Perempuan itu mengalami kecederaan yang teruk dalam satu kemalangan terutamanya sekali di bahagian mukanya.Apabila dia bangun dari katil di sebuah hospital,dia ternampak kedua orang tuanya menangis teresak-esak.Dia tahu ada sesuatu yang buruk telah berlaku ke atas dirinya.Akhirnya dia mengetahui bahawa otaknya telah cedera teruk.Separuh daripada saraf otaknya yang mengawal otot mukanya telah rosak.Rupanya yang menawan sebelum ini telah menjadi begitu hodoh sekali.Dia menangis teresak-esak apabila melihat mukanya di hadapan cermin.
Kemarin,saya seorang menawan,hari ini rupa saya tidak ubah seperti "MOnster!!"
Badanya juga penuh luka-luka yang agak hodoh.
Akhirnya dia membuat keputusan untuk berpisah dengan tunangnya(lelaki itu).Dia tahu yang lelaki itu sudah tidak mahu bersama dengannya.Dia terpaksa melupakan lelaki itu dan tidak akan berjumpa dengannya lagi.
Dalam setahun itu,si lelaki selalu mengutuskan surat kepada perempuan itu,tapi tiada satu pun surat yang dibalas.Dia cuba menghubungi perempuan itu juga tetapi panggilan langsung tidak dijawab ataupun mendapat panggilan semula.

Genap setahun,si Ibu perempuan itu masuk ke dalam biliknya dan berkata "dia sudah kembali dari peperangan"
Perempuan itu terkejut "Oh tidak Ibu.tolong beritahu kepadanya tentang diri saya ini,katakan padanya yang saya tidak ada di sini!!"
Si ibu tersenyum dan berkata lagi "tidak lama dia akan berkahwin " sambil menyerahkan kad jemputan kahwin milik lelaki itu kepada si Perempuan.
Begitu sayu sekali si Perempuan apabila melihat kad jemputan tersebut.Dia masih cintakan lelaki itu,tapi dia terpaksa melupakan dia.
Dengan perasaan yang kecewa dan sedih,dia membuka dan melihat isi kandungan kad jemputan kahwin itu.
Dan dia ternampak Nama dirinya tertulis di dalamnya
Keliru sekali dan terus bertanya kepada ibunya "Apa ini semua ibu?"
Saat itu Si lelaki masuk ke dalam biliknya dengan sejambak bunga dan terus berlutut di hadapan perempuan itu.
"Sudikah kamu mengahwini aku?"
Si Perempuan terus menutup mukanya dan berkata "tetapi saya Hodoh!!"

Lelaki itu tersenyum dan terus mengambil tangan si perempuan yang menutup mukanya dan berkata
"tanpa pengetahuan dan kebenaran dari kamu,ibu kamu telah menghantar gambar-gambar kamu dalam tahun ini dan saya sudah tahu apa yang berlaku.Bila saya nampak rupa kamu di dalam,saya sedar tiada yang berubah langsung sama sekali,Kamu masih lagi seorang perempuan yang telah membuat hati saya jatuh cinta pada kamu sejak dulu lagi.Kamu tetap cantik dan menawan walau apapun yang telah terjadi.Sebab saya sangat mencintai dan menyayangi kamu!!"

Si Ibu hanya berdiri di situ memandang mereka berdua dengan perasaan yang terharu dan gembira dan dilinangi dengan air mata

Moral of the Story? Kamurang decide :)
Share:
Location: Sabah, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Stand By Me :)

Networked Blogs

Blog Archive

Pages