KOLEKSI CERITA LAWAK DAN LAIN-LAIN with Sabahan Slang! :D Sumber original atau dari internet

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Friday 15 February 2013

Kamu tau ka sepa???




Cikgu:Ondu,kamu tau ka sepa Thomas Edison?
Ondu:tidak tau oh Cikgu
Cikgu:kalau gitu,kamu tau sma Henry Ford?
Ondu:Lagi la sy enda kenal..
Cikgu:ok,Alexander Graham Bell,kamu pena dengar ini nama?
Ondu:ni pun sy tidak tau jg oh cikgu.
Cikgu:Apa mau jadi dengan kamu ni?Apa yang kamu belajar sebelum ini.Ketiga-tiga mereka semua kamu tidak kenal.

Ondu:bha.kalau gitu sy tnya cikgu lagi la.
Cikgu:Apa dia? Silakan.
Ondu: Cikgu tau ka sepa Gaman Gorit?
Cikgu: tidak tahu.
Ondu:kalau Si Opok,cikgu kenal?
Cikgu:tidak kenal jg.
Ondu:kalau Mamai Orait Nopo,cikgu tau?
Cikgu:semua saya tidak tahu.tapi siapakah mereka semua ini?

Ondu: nahh.tulah.. tnya lagi la lain kali..
kita masing-masing ada kenalan dan saudara sendiri bh..

Yss?
Share:

Apa itu Cinta? Apa itu Perkahwinan?



Satu hari, Plato bertanya pada gurunya, "Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukannya?

Gurunya menjawab,"Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta" Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"

Plato menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak ku ambil ranting tersebut.

Ketika ku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya"

Gurunya kemudian menjawab "Jadi itulah yang dikatakan cinta"

Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, "Apa itu perkawinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?"

Gurunya pun menjawab "Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan"

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya. Gurunya bertanya, "Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"

Plato pun menjawab, "Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya" Gurunya pun kemudian menjawab, "Dan itulah yang dikatakan perkahwinan"

Moral :

Oleh itu carilah cinta dan dapatkan perkahwinan. Kerana kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Tuhan sudah tentukan pada kita

^_^
YSS
Share:

Bos yang tembirang

-repost
edit and paste...

Si Gaman adalah seorang bos baru yang telah ditugaskan oleh Seorang Director untuk menjaga sebuah kilang..
Mentang2 la bos baru la katakan,jadi dia pun mo kasi tingu sama pekerja kilang semua yang dia ni bos baru,patut kena takut dan kena hormat...
"hmmm.ni first day saya d sni
jadi ni sekarang ni jam 10am,saya mo tangkap sepa pekerja yang malas trus on the spot saya buang dia.Dia nampak la ada satu orang lelaki berbaju merah berdiri dan bersandar pada dinding..
"Oiii.ko yang di sana tu...sini dulu ko!!" 
Lelaki yg berbaju merah tu datang la.pergi tempat si Gaman..
"Berapa gaji ko??! Ko tau ka saya bos baru di sni ni!!" jerit si Gaman
"Oh saya punya gaji baru Rm800 ni bos.."" kata tu Lelaki.
"Nahh..ambil ni RM800 sekarang..bisuk ko tidak payah datang kerja suda.Pemalas!!Orang lain kerja
.ko relaks ja sandar sana ah.suda!! Pulang la ko sekarang!"jerit si Gaman lagi sambil menghulurkan wang RM800..

Semua pekerja kilang terkejut dengan tindakan si Gaman dan mereka tunduk diam sambil meneruskan kerja diorang.
Dalam hati si Gaman,
"nahh.baru diorg tau mcm mana gaya saya..ini kali semua pun takut nti tu sama saya.hehe"

Tengahari itu,Penyelia Kilang dipanggil oleh si Gaman masuk dlm Ofis..
"eh.tu lelaki tadi pagi bha,yg sy jerit sama dia tu.Deparment mana tu?"

kata si Penyelia,
"ohh.yang itu..Pekerja Mcdonald bha tu bos..
sambung si Penyelia."Direktor kita besa order McD setiap pagi ni,Bos enda tau ka." smbung si Penyelia lg

YSS

Share:

Sepa ada nampak Burung Saya?

Ada seorang ketua kampung yang memiliki hobi memelihara banyak burung. 
Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya hilang.Ini pasti angkara pencuri.. Merasa aksi pencuri sudah keterlaluan, ketua kampung dan isterinya itu membawa masalah itu di dalam meeting mingguan di balai raya kampungnya bersama orang2 kampung semua..

Ketua Kampung: "Siapa di sini yang ada burung?" Seluruh orang kampung yang lelaki saja terus berdiri.
Menyedari kesalahannya dalam bertanya, ketua kampung itu menambah:

"Bukan itu bha maksud saya. saya mo tanya bha tu siapa yang pernah lihat burung?" 
Ni kali Seluruh penduduk wanita yang berdiri.
Menyedari pertanyaannya masih tidak ngam dengan muka merah padam dia sambung...

hissshh....bukan bha....."Sekali lagi dia bertanya."Maksud saya, siapa di antara kamu semua yang pernah lihat burung yang bukan kamu punya sendiri?" Separuh penduduk wanita berdiri.Muka ketua kampung itu makin merah. makin gugup....

"siou2 (maaf2) , bukan ke arah itu bha pertanyaan saya. Maksud saya adalah, siapa yang pernah nampak burung saya?"
Lalu… Isteri ketua kampung itu pun berdiri… dan dua orang wanita lain…
Maka kali ini muka si isteri pula yang merah padam.
nah...berlarian la tu ketua kampung keluar dari balai raya kena kejar sma isterinya yang bawa penyapu 

hahahahha...
kalau kamurang la tu ketua kampung..apa bha ayat yang patut digunakan dan ditanya..baru la satu kampung mengerti? :)

YSS?

nsurfer@YSS
Share:

Nilai Segelas Susu

Suatu hari, seorang budak lelaki miskin yang hidup sebagai penjual barang-barang dari pintu ke pintu kehabisan wang. Keadaannya saat itu sangat lapar. Budak lelaki tersebut memutuskan untuk meminta makanan dari rumah yang ada di kawasan perumahan itu. Akan tetapi dia kehilangan keberanian saat seorang wanita muda membuka pintu. Budak itu tak jadi meminta makanan, ia hanya berani meminta segelas air. Wanita muda tersebut melihat dan berfikir bahawa budak lelaki itu pasti lapar.

Oleh sebab itu ia membawakan segelas besar susu. Kemudian, budak lelaki tersebut minum dengan lahapnya dan bertanya, "Berapa saya harus bayar untuk segelas besar susu ini?"

Wanita itu menjawab, "Kamu tidak perlu membayar apapun, ibu bapa kami dulu mengajar untuk tidak menerima bayaran jika melakukan sesuatu kebaikan," kata wanita itu.

Sambil menghabiskan susunya, budak lelaki tersebut berkata dalam hatinya, "Dari hatiku yang terdalam, aku sangat terharu pada wanita yang baik hati ini, dia tidak sombong sekalipun kaya!"

Beberapa puluh tahun kemudian, wanita muda dahulu (kini sudah agak lanjut usianya) mengalami sakit yang sangat kronik. Klinik sudah tidak mampu lagi mengubati penyakitnya, apatah lagi saat ini dia berstatus balu seorang pekerja kereta api. Atas saranan keluarganya, si wanita ini dipindahkan ke hospital yang ada di bandar tersebut untuk rawatan. Namun, tetap tidak boleh diubati. Akhirnya dengan menjual barang-barang yang masih tinggal dan bantuan rakan-rakan, si wanita muda itu dikirim ke ibu kota kerana di sana ada doktor yang mampu mengubati penyakitnya itu.

Dr. Piyo dipanggil untuk melakukan pemeriksaan. Pada saat mendengar nama kota asal wanita tersebut, terbersit pandangan mata Dr. Piyo berubah.Segera dia bangkit mengenakan jubah doktornya dan bergegas turun menuju kamar wanita tersebut. Ia langsung mengenali wanita itu dengan sekali pandang. Dr. Piyo kembali ke ruang konsultasi dan memutuskan untuk melakukan serangkaian medical check up serta terapi medik lainnya.

"Apa yang pasti, wanita tersebut harus sembuh," demikian tegasnya. Mulai hari itu, si wanita yang lemah itu menjadi perhatian Dr. Piyo dengan kasih yang tulus. Memasuki bulan ketiga di rumah sakit tersebut ternyata wanita itu benar-benar sembuh.

Lalu, Dr. Piyo meminta bahagian kewangan hospital untuk menghantar bil perubatan kepadanya. Dr. Piyo melihatnya dan menuliskan sesuatu di bawah bil tersebut. Dia sangat yakin bahawa wanita ini tidak akan mampu membayar bil tersebut walaupun harus dibayar ansuran seumur hidupnya. Bisnes yang dimilikinya bersama mendiang suaminya gagal kerana ditipu, demikian cerita si wanita kepada Dr. Piyo. beberapa waktu yang lalu. Hal ini pula yang membuat ia jatuh miskin, dengan seorang anak yang saat ini juga tidak bekerja.

Bil akhirnya sampai ke tangan si wanita yang malang itu. Dengan rasa was-was ia memberanikan diri membaca bil yang diberikan dari bahagian kewangan. Di sana tertera perincian biaya yang dikeluarkan selama ia menjalani rawatan. Akan tetapi ada sesuatu yang menarik perhatiannya, pada bahagian bawah bil tersebut. Ia membaca tulisan yang berbunyi “Sudah dibayar dengan segelas susu.”

Moral of The Story?
Kamurang buat la kesimpulannya..

^_^
YSS
Share:

Wednesday 13 February 2013

Terima Kasih ah Cikgu....

Seisi pembelajaran MAtematik di Sebuah kelas hampir tamat.

Cikgu: ok sebelum cikgu mgakhiri kelas ini..cikgu mau soal kamu satu2 ya tentang matematik ni.

....

Tiba giliran si Gondu..

Cikgu: Ok Gondu..Cikgu bagi kamu 2 bungkus coklat..terus cikgu bagi lagi 3 bungkus coklat pada kamu.Apa jawaban kamu?

Gondu: Terima kasih ah Cikgu.hehehehe baiknya cikgu..

Cikgu:@#%&*!


YSS
^_^




Share:

Tidak Kuat Line...


Si Mamai pergi 'moginum' sana di ruma kawan dia....
tepat jam 12 malam...malam Jumaat lagi tu..dia pun minta izin mo pulang...dia berjalan la kaki dalam keadaan yang pening sikit balik rumah dia..Dalam perjalanan pulang ke rumah..dia terpaksa melalui jalan yang di tepinya adalah kawasan perkuburan....
semasa dia mo limpas suda di sana..dia nampak macam ada sumandak yang sedang duduk di tepi kuburan yang paling dekat dengan jalan raya..sedang asyik dengan handphonenya...
"aik...buli2 ada sumandak juga ka sini ni..bukan hantu bha ni.tingu tu..ada handphone lagi..main fesbuk kali tu kan.buli mgurat la ni..hihi"
"hello mandak....pa gia ko buat tu...main hanphone ka..malam2 gini enda bagus oh ko duduk di sni..mari la sy hantar ko balik ah "

jawab "perempuan" itu...

"tidak apa lah...sy memang tinggal di sni bha ni...tidak kuat bha line talipun sna dalam kuburan..tulah sy kluar ni cari signal...."

YSS?
^^
Share:

Lelaki lebih sayangkan anak dari isteri diorang


,eh betul ka ni??
tengo di bawah ya...just for fun ja...
hei..Y So Serious? :)

1.Kebanyakan lelaki yang sudah ada isteri lebih sayang pada anak diorang daripada isteri diorang sendiri.sebab..tingu la kalau anak kecil diorang punya seluar mo tertanggal sudah..si Lelaki pergi kasi naik balik.tapi bila celana si isteri mo tertanggal sudah..kena tolong kasi tanggal lagi ni...opss.. :P

2.Kebanyakan lelaki yang sudah ada isteri lebih sayang pada anak diorang daripada isteri diorang sendiri.sebab. kalau tu lelaki lihat anak orang lain,terus dia ingat sama anak2 dia di rumah..tapi..kalau dia lihat bini orang lain..trus dia lupa suda bini dia di rumah oppsss..

3.Kebanyakan lelaki yang sudah ada isteri lebih sayang pada anak diorang daripada isteri diorang sendiri.sebab. anak itulah adalah "darah daging " sedangkan si isteri hanyalah "penjepit daging"

4.Kebanyakan lelaki yang sudah ada isteri lebih sayang pada anak diorang daripada isteri diorang sendiri.sebab. kalau waktu malam.si anak kecil asyik ja main..susah mo pujuk dan mo kasi tidur dia...sedangkan si isteri yang sedang syok sudah tidur..kena ajak "main" lagi oleh si suami dia..

YSS?

^_^
jangan marah2 ah
Share:

Saturday 2 February 2013

Kelas Matematik dan Mangga

Dalam satu kelas...Cikgu Matematik memberi penerangan tentang "bahagi" kan bilangan nombor bulat..

Cikgu:Murid-murid semua....kalau 8 bahagi 2 berapa?

Murid-murid(serentak): 4 cikguuuuuuu...

Si Ondu yang tertidur sna paling belakang dlm kelas terkejut mendengar satu kelas punya suara trus dia terbangun..dan dia kedapatan juga oleh cikgunya...

Cikgu:nah..kamu tidur pula ya tadi Ondu...ok..sekarang saya mo tanya kamu..6 bahagi 2 berapa?

Ondu:saya enda tau oh cikgu...(sambil garu-garu kepala)

Cikgu:kenapa pula kamu tidak tau...ok..cikgu bagi contoh.kalau kamu ada 6 biji mangga,terus kamu kasi bagi2 sama 2 orang kawan kamu..jadi masing2 diorang dapat berapa?

Ondu: Cikgu ..kejap..itu mangga yang bulum masak ka atau sudah masak?

Cikgu: apa maksud kamu??

Ondu:begini bah cikgu..kalau mangga tu mangga bulum masak..saya kasi la diorang suma..kalau suda masak..mana la saya mo bagi tu...

Cikgu: #@&%!!

YSS?
^_^
Share:

Total Pageviews

Stand By Me :)

Networked Blogs

Blog Archive

Pages